CC0

Anda menggunakan peralatan ini untuk membebaskan hak cipta karya milik anda dari sebarang pembatasan sedunia. Anda boleh menggunakan alat ini walaupun jika karya anda bebas dari hak cipta di dalam sesetengah bidang kuasa, jika anda mahu memastikan ia adalah bebas di mana-mana. Creative Commons tidak menggalakkan penggunaan alat ini untuk karya-karya yang telahpun berada di dalam domain awam sedunia, sebaliknya gunakan Penandaan Domain Awam untuk sebarang karya.

Menggunakan CC0, anda boleh mengetepikan semua hak cipta dan yang berkaitan atau ⇥ hak cipta tetangga yang anda miliki ke atas karya anda, seperti ⇥ hak moral anda (setakat boleh diketepikan), publisiti anda ⇥ atau hak privasi, hak-hak yang anda lindungi terhadap yang tidak adil ⇥ persaingan, dan hak-hak dan hak pangkalan data yang melindungi ⇥ pengekstrakan, penyebaran dan penggunaan semula data.

Anda tidak boleh mengetepikan hak-hak ke atas sesebuah karya yang bukan milik anda, melainkan anda mendapat kebenaran daripada pemilik hak cipta. Bagi mengelakkan pelanggaran hak-hak cipta pihak ketiga, sila rujuk dengan penasihat undang-undang anda jika anda tidak pasti sama ada anda memiliki semua hak-hak cipta untuk mengedar karya tersebut.

Sila ambil perhatian bahawa ini bukan proses pendaftaran dan Creative Commons tidak menyimpan atau merekodkan sebarang maklumat yang anda masukkan. Alat ini membimbing anda dalam proses menjana HTML dengan metadata tertanam untuk menandakan karya anda sebagai yang disediakan di bawah CC0. Karya anda tidak boleh disatukan dengan CC0 atau disediakan di bawah CC0 sehingga anda terbitkan sebagai tanda sebagai sedemikian.

Pelajari lebih lanjut mula »